Sunday, 13 May 2012

yg telah dicapai?

23 tahun kehidupan ada suka ada duka. 
kalau remind balik apa yg suka dan apa yg duka, yg suka tu lebih banyak ingat, yg duka tu tak ngat sangatlah . ataupun mungkin hidup aku ni mmg byk yg suka2 aje. haha alhamdulilah kalau gitu. aku lebih suka melupakan kedukaan. sebab kedukaan kalau bersarang di hati terlampau lama bleh efek hati. jap aku sambung! potong tul la osmet ni ajak makan pulak! 

setakat 23 tahun ini aku rase separuh dr cita-cita aku dah tercapai. cita-cita yg aku tanam dr kecik :) then ada lg beberapa cita-cita yg masih belom dicapai memandangkan aku terikat dek kontak guru ini selama 5 tahun setengah. haih rase banyak masa terbuang dengan hanya belajar utk dapatkan segulung ijazah tp aku tetap rasa bersyukur, belajar tu juga merupakan ibadah. mungkin kalau aku tak belajar kat cini, mungkin aku belajar kat uitm dan aku akan teruskan bersukan tu satu bidang yg aku utamakan.
 wauuu!! i love sport (dulu lah kan). sekarang ni aku dah takda mood nk besukan atas beberapa faktor kegagalan fizikal :( 

tapi aku tetap berpuas ati dengan apa yg aku dah capai. sebab aku rase aku dalam kalangan orang yg bertuah. miahaha even banyak masa dihabiskan dengan sukan itu sukan ini tapi ia berbaloi. bukan saja2, stiap yang aku korbankan tu, ada penghargaan utk aku sendiri. mungkin tak sehebat datok lee chong wei , atau ape2 saje lah, tp aku tetap bersyukur, aku berada di tengah. sebab sedangkan nabi sendiri menyeru umatnya supaya bersederhana dari segala segi. aku belajar.. dan teruskan belajar.. aku dah habis puas bersukan. 

untuk jangka masa akan datang, aku impikan layaran di dunia perniagaan pula. aku tak tahu dan tak jelas platform pemulaan aku dimana, sbb aku masih terikat disini. adoi jangan mengeluh sayang!!! seperti mana kau penah capai cita-cita terdahulu, begitu juga kau kene bersabar untuk mencapai cita-cita seterusnya di masa akan datang. masa menentukan segalanya. dulu pon aku tak tau platform dimana untuk aku capai cita-cita tu, tapi bila kita dah tetapkan nawaitu dalam hati, ALLAH tu Maha Mengetahui. yahhh!! dia beri peluang itu, walaupon hanya sementara . alhamdulillah :) 

dan sekarang Dia nk bagi aku peluang timba ilmu, pengalaman & kemahiran. Dia nk bagi aku nampak FLOW ke arah cita-cita itu. sebenarnya bukan mudah nk bukak bisnes. miahaha berangan sakan aku nih, tak sedar exam esok oi. untuk yang akan datang punye aku tak berani nk tulis secara terang-terangan, bia ku simpan ketat-ketat dlm ati aku ni apa yg aku nk buat. dah berjaya kelak, baru boleh tulis dengan penuh konpiden :) 

7 comments:

  1. googd luck ye. orang tua-tua cakap, kesempatan yang kecil selalunya merupakan permulaan kepada usaha yang besar. so, gunakan setiap peluang yg datang dengan sebaiknya ye. :)

    ReplyDelete
  2. awak mesti rajin sembang dgn orang tua-tua kan. banyak tips orang tua-tua awak bg :)
    yelah, stiap manusia secara sedar tak sedar peluang tu ada depan mata cuma tak nampak. tu namanya blind spot. untuk awak juga dlm setiap perkara, semoga berjaya memulakan dan menamatkan dengan penuh kebanggaan :)

    ReplyDelete
  3. bukanla. sebab umur saya dh 63. hahahaha.

    ReplyDelete
  4. woo patutlah. ni kire awak sembang ngn geng2 awak la ni yek. pastu forward kat sy hahaha.
    mesti awak byk pengalaman kan.byk makan garam. kan. hahah
    gula ada?

    ReplyDelete
  5. orang tua takleh makan garam banyak2. nanti kena darah tinggi lak. kalau macam awak lak, takyah makan gula banyak2. sebab dah cukup sweet dah. :)

    ReplyDelete
  6. hooo yeke. orang tua kalau nk sweet kene la makan gula-gula gak haha. sy tak makan gula. sy makan gula-gula. hehehe.

    ReplyDelete
  7. sy pn selalu sembang ngan org tua..uhuk uhuk

    ReplyDelete