Wednesday, 16 May 2012

Kawan lelaki

        Di awal keheningan pagi dingin yg tak berangin dalam kamar ini aku tetap masih berjaga. mata seolah-olah tidak membenarkan aku melayari mimpi indah seperti biasa. haih macam ayat novel pulak . ehee  minggu ini waktu kitaran hibernasi aku agak kurang stabil. waktu-waktu macam ni aku tak boleh tidur. kewajipan habis suma dah selesai. tak tau la mana yang tak kene. takpelah mungkin gangguan psikologi persekitaran yg amat tidak mengenakkan. tak sabar aku nk pindah :)


        topik yg terpana diminda tika ini ialah pengalaman indah masa kecil & masa kini yg agak kurang indah. ceritanya sangat sedih pada aku. zaman tadika aku sangat fun! aku jadi ketua kelas ok walaupon tubuh aku genit2 tapi disebabkan kegarangan aku yg lebih dr lelaki, aku dilantik jd ketua! haha. bermulalah kisah dimana dulunya aku ada sorang kawan laki masa tadika umur 5-6 tahun. aku setiap hari pegi tadika dengan dia, naik basikal yang sama. namanya..... aku terlupa pulak skrg ni. lepas tu aku pindah jauh dari situ dan terus lost contact. kadang teringat jugak kat die (dlu la masa kecik2). aku pon mmg tak jumpa dia dah setelah aku pindah tu, tak pulak aku teringat nk bertanya kat mak aku. mungkin terlampau sibuk dengan dunia kanak-kanak , aku alpa seketika. 


         Pastu 3,4 tahun lepas aku dapat tau dari mak aku bahawa kawan aku tu eksident dan buta. astarghrafirullah hal azim. aku sangat tak sangka. mmg terasa macam nk pergi ziarah dia tp rasanya die pon tak ingat aku dah kot. dah berbelasan tahun tak jumpa. mungkin jalan pun dah lain, tambah pulak kalau aku pergi sediri konpom sangatlah sesat tu . haha. btw,  aku turut simpati atas apa yg berlaku pada dia. dr jauh hanya mampu berdoa yang terbaik saja semoga ALLAH melindungi dia dan juga semua orang termasuk aku sendiri . 




hoho sedih. 


No comments:

Post a Comment