Mengimbau kembali sekali lagi tentang pengalaman dulu kala yg membuatkan aku SERIK . iaitu mengikuti kem wataniah. mulanya aku cam eksaited la kan nk join. tp lama2 aku baru sedar yg sebenarnya aku agak susah utk adapt dengan keadaan yg.....yg.... emmm payah la. aku ni takde sifat warrior. haha.
pertamanya. aku tak minum AIR PANAS kopi atau teh atau apa saja yg panas lah kan. sekali pagi2 buta subuh2 tu kene minum kopi panas!!! peh....aku pon dengan selambanya bg kat mmbe air tu, then aku pg blakang minum air paip ( T_T )'' .plus mase tu aku mmg tengah pantang air kopi atau teh. so aku jaga itu semua, saggup aku telan air paip. selama SEMINGGU hmmm
pastu ada satu malam...cam ada sambutan gitulah. aku pakai la baju punjabi, pastu kitrg blah je kan tanpa kemas tempat tu, so kene denda la pumping. maslahnya tempat tu berlecak kot. hadoi abih lumpur baju aku uwaaaaaa!!! :'(
aku rase amat tidak suka sbb.... kene basuh baju bagai. mane pulak nk carik sabun. errkk!
aku kene jaga pantang makan pulak. td minum, ni makan pulak sbb kene masuk hutan 3 ari 2 malam. aku mmg dah nekad tanak berak & kencing kat utan. utk memenuhi nekad aku tu, aku kene pantang makan jgn makan pedas sgt, air jgn minum byk sgt. so aku berjaya memnuhi matlamat itu!! tahniah beteh! haha. yg aku tak gemornye.... pada satu malam, aku mmg penat & lapaaaa gile! makanan ada la pihak wataniah sediakan, ayam masak lemak ke apetah, aku pon dpt makanan trus duduk makan kat citu jugak tak dan2 !! tp malam, gelap gelita, torchlight diharamkan! maknanya hanya berbekalkan MOONLIGHT ! emmm pastu ade sorang mat ni die suluh guna apatah.. sekali sebelah tempat aku duduk tu ada TAIK LEMBU!!! uwaaaa!! sib bek la aku tak bertenggek atas taik lembu tu, hampir sangat dah, ade la dekat satu langkah! sib bek la dah habis makan. nikmat jugak la. kah kah selekeh gila.
lepas makan aku tido, tdo dlm kelapa sawit ok! berbumbungkan daun kelapa sawit je tau, aku pon peluk la rifle aku tuh sbgai pengganti bantal peluk sbb aku mmg takleh tdo tanpa memeluk sesuatu. hahaha. pastu ade pulak serang hendap tatkala aku syok tido tuh..aku dh tak duli dah beruang ke, rimau ke, babi utan ke, monyet ke, aku tawakal jela kalau dah ajal aku kat citu nk wat cane. ni mmg contoh tak senonoh la apa yg aku buat?? aku teruskan je tido aku tu , tak pikir serang hendap ke serangan apa ke.. aku penat!! aku nk rehat!! bayangla siang jalan kaki 20km tanpa henti tau dengan bwk senjatanya. hurmmmmm (*_*)
esoknya teruskan perjuangan mendaki bukit pulak utk buat serang hendap atas bukit . aku pulak dapat port atas bukit tu mmg macam padang pasir! pokok ada la sebatang tp tak berdaun! gila tengahari terik pukul 1 aku kene jaga port atas bukit yg takde daun2 tuh! mmg macam bejemur bawah matahari lah aku ckp... aku ni jenis payah berpeluh, tp saat tu, peluh aku kalau ditadah, penuh jugak la 2 baldi sejam! pehhhhhhh sumpah busuk gila aku rasa, n semua orang pon busuk gila. hahaha !!! hadoi mmg takde kepahlawanan langsung!
sejak dr peristiwa2 tu, aku tak teruskan perjauangan dah sebab aku mmg tak sanggup lah nk mendera diri sendiri. walaupon aku suka aktiviti2 yg mencabar, tp aku mmg kalah dengan aktiviti yg mendera aku camni. hahaha. kene pantang bagailah hadoiiii. btw, ia pengalaman yg takleh dilupakan + baru lah aku dpt memahami siapa sebenarnya diri aku + kemampuan + kebolehan aku :)
MENTAL KENE POWER BEB!!!