Thursday, 26 April 2012

mulut manusia

salam ukhwah..

Lama sudah aku tidak mencarit dan mencoret. kini lembaran baru dibuka. dengan penuh harapan agar kali ini merupakan penulisan yang penuh bermesej, dan coretan penuh isu kritis & kritikal. 
isu kali ni aku kupas tentang perihal MULUT manusia. 
MULUT manusia bisa menjadi senjata yg menusuk hati manusia secara subjektifnya.
kita tidak bisa melihat kelukaan itu, tapi kesan tusukan tu terasa hingga ke kalbu. 
parut tusukan itu sukar sekali disembuh. 
parahnya.... hanya insan yang terkena tusukan yang terasa, tapi kepuasan itu hanya dapat dirasa oleh si pembawa MULUT. 
tahukan anda, sekali anda menusuk hati manusia, mungkin suatu hari nanti anda merasai 100 kali tusukan kerana percayalah anda sesetengah situasi ALLAH akan balas di dunia berkali ganda sekiranya anda menganiaya insan yang lain. kene sangatlah dengan pepatah melayu berdangdut gini "kerana MULUT, badan binasa". 

terkadang kita mudah berpedaya dengan pembawaan MULUT manusia. tapi ape yang aku belajar dr pengalaman, biarlah kita menyelidik dahulu di mana ujung pangkalnya. tapi kadang2 proses penyelidikan tu memakan masa terlampau lama, maka akhirnya aku pasrah dan tak payah la amik tahu. hahaha. kadang2 jugak kita tak perlu mendalami sangat sesuatu situasi tu sebab kemungkinan parut tusukan itu dkhuatiri makin berdarah, yang lebih parah ialah bila hati yang lain pulak tertusuk. dan pulak melibatkan orang lain kan semata-mata nak mendapatkan kepuasan hati tentang apa yang terjadi sebenarnya, tanpa kita ketahui hati yang lain turut sama tertusuk. 

kesimpulan disini : jagalah hati setiap manusia disekeliling kita walaupon kita tak suka, tapi air muka tu control la macam suka walau hakikatnya... ALLAH saja yang tau. semoga lakonan kita tu dianggap satu pengorbanan. kalau kita sanggup berkorban perasaan sendiri insya ALLAH satu ari nnt ade orang berkorban utk kita pulak! (ceh mengharapkan balasan!!!) haha. ish2 istifar bebanyak wahai insan kerdil :) 

sekian.
salam ukhwah penuh kasih sayang :)

No comments:

Post a Comment