Monday, 30 April 2012

harapan

assalamualaikum 
bila cinta menguasai jiwa dan minda. kadang kita buta menilai keutamaan, keperluan mahupun kehendak. bila cinta menguasai jiwa, yang sebenarnya kehendak lebih menguasai fikiran. sedangkan apa yang sepatutnya ialah keutamaan ke atas keperluan. ya perkahwinan itu perlu tetapi perkahwinan bukanlah utama kerana ada juga yang masih tidak berkahwin sehingga cecah umur lanjutnya tetapi masih boleh hidup apa. orang muda boleh la berkata begini kerana usia masih muda, perjalanan masih jauh, masih belum bersedia menghadapi komitmen yang lebih serius. tapi pada usia 23 aku kini, entahlah! pada dasar mataku keutamaan lebih kepada ibu. tapi andai kata pasangan aku nanti boleh menjadi teman rapat buat ibuku, rahmat syukur atas kurniaan itu. tetapi untuk melangkah ke alam perkahwinan, melayani suami serta meramaikan ummah.... hurmmm berat sekali rasanya komitmen itu. 

2 comments:

  1. jangan risau sangat ye. telah tuhan jadikan seorang wanita itu ciptaan agung yang kuat walaupun kelihatan lemah pada zahirnya. kuatnya seorang wanita bukan dilihat pada fizikalnya, tetapi dapat dirasai melalui kasih sayang yang mampu dicurahkannya. :)

    ReplyDelete
  2. wahhh!!siapakah gerangan anda ini seperti pakar motivasi haha.
    betul tu.. di sebalik kelembutan wanita adanya senjata yg mampu mengalahkan lelaki. eh ape kaitan?? ok terima kasih saya R !!
    puitis sungguh ayat anda kayak novel gitu :)

    ReplyDelete