Monday, 15 July 2013

suntuk

suntuk ku rasakan
berselirat macam dawai
24 ...
23....
12 .....
05 seconds 

fuhhhh!!
terlampau bertenang tidak wajar kini
bergerak untuk masa hadapan
bergerak esok juga!!!


Friday, 5 July 2013

mr & mrs kepoci

topik kali ini aku berhajat supaya pihak pihak yng terlibat MOHON TERASA. hahaha.

dipendekkan cerita.. sepanjang hidup ini. sejak usia makin makin meningkat ni. sejak dari diberanakkan, di sekolahkan tadika, di sekolahkah rendah, di sekolah menengah, di institut pengajian tinggi swasta/kerajaan waima di mana-mana sekalipon.. PASTI ada ...


1. tukang repot yang kononnya begitu ambik berat. terima kasih :P

2. tukang talam dua muka 
3. tukang musuh dalam selimut 
4. tukang tabur fitnah 
5. tukang tambah cerita supaya lebih sensasi
6. tukang hasut untuk memutuskan silaturahim

7. dan macam2 lagi tidak termasuk tukang kasut ! muahahaha. 



tetapi.. hadirnya mereka ini... kita dapat beberapa kebaikan seperti :

1. pahala yg depa fitnah tu dpt kat kita. terima kasih :)
2. jiwa much more stronger sbb alah bisa tegal biasa 
3. mewarnai kehidupan supaya tidak la hitam putih saje.  
4. membuatkan kita lebih berhati-hati dalam memilih manusia yg terjebak dlm hidup kita. 
5. membuatkan kita lebih menghargai orang yg sayang kita 
6. membuatkan kita ignore mrs. & mr kepoci selamanya dlm kehidupan haha. 




THANK YOU FOR COLOURING MY LIFE MR & MRS KEPOCI . hihihi

doa orang teraniaga mudah termakbul. tiada doa yg terbaik utk anda yg bergelar
mr & mrs kepoci. 

Saturday, 29 June 2013

konbo kesyen

gue udoh konbo? hahaha. konbo itu pende? ala .. macam dah abih belajo. lulus segala baru boleh konbo hahaha. but but agak lambat aku upload gambo konbo ini. mengenangkan nasib keseorangan di ujung minnggu ni... maka mulalah gatai godek2 album amende gambo nk ku aplod. dah ha ni baru jumpe yg comei ckit kononnye.. ni yg nak nunjuk ckit. aku dah konbo. nguah2345. orang tua2 kate kalau nk upload gambo jangan smpai nampak kaki nanti kencing manis hihihi (memandai je aku) . so aku potong lah tang kaki hahahaha. paras muke je udah. 

gini le gaya konvo .. kami konvo berdua je. sbb kami sesat tak jumpe jalan kua putrajaya. so kitrg menapak jap lah tepi taman ni ambik gambo konvo acah-acah hahaha. ni ha membe aku ni ha dapat posting ke sarawak beb. mmg tak jumpe dah la die ni kecuali kalau die kawen aku datang baru lah jumpe agaknye.. 

lembutkan hati ??

apo nak buek ni oi.
busan gilo.
duk belek2 blog ni ha. den jumpo satu perkongsian sesorang yg begitu menarik. boleh di aplikasi kepada org yg anda kasihi termasuklah mak , ayah (kalau masih ada, anda beruntung), nenek, atuk pon boleh, anak sedara yang degil amat hahaha, dan sebagainya lah) 



Doa Pelembut Hati Menggunakan Cara Zikir dan Alquran

Cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. dan berdoa semoga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.



Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati.

KAEDAH PERTAMA

Mengikut aturannya, bacalah:

Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.
Maksudnya :

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
  
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21

59:21

Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah),               misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.

Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani"
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5.  (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air ;

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 


KAEDAH KEDUA

Kaedah dengan cara  zikir dan doa pelembut hati .

Zikir dan Doa Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami yang mahu hati  isterinya menjadi lembut.

Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

KAEDAH KETIGA

Zikir dan Doa Pelembut Hati.

Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak  7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Hembus dimuka suami  dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-anaknya)

{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada  perubahan dan kesannya.}


KAEDAH KEEMPAT

Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah

Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)

Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

KAEDAH KELIMA

Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah sedikit :

"Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran."

KAEDAH KEENAM

Doa untuk melembutkan hati anak

Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri

ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku

Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)

iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami. 


KAEDAH KETUJUH

DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi orang yang beriman,  sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku."

Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini  supaya dia mengasihi dan dikasihi oleh isterinya :

"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap diriku"

(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)

Sahabat yang dimuliakan,
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.

Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan                    di waktu-waktu mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita.

Wednesday, 1 May 2013

better than never

tahukah anda manusia tidak pernah bersyukur?
tahukah anda manusia memang susah bersabar?
tahukan anda manusia memang susah nak redho?

tapi kalau kita meletakkan segala sesuatu itu kepada yang Maha Mengetahui segala sesuatu, maka saya amat pasti kita mempunyai segala tahukah anda yang diatas ini. ngewww

saya suka petikan omputih ini : better than never
saya suka pepatah melayu ini : bagi betis nak peha

ada sorang lelaki. die menceritakan ciri-ciri gadis idaman. katanya beragama +setia + sedap mata memandang. cukup memadai. tibe2 allah beri seseorang yg beragama + setia + sedap mata memandang. die dapat tak apa yg dicita2kan??? dapatttt sepeti yg dipinta.. 

setelah die dapat.. die pinta lain lagi. merungut hari hari. teruk lah . teruk lah. tanak lah mcm ni . taknak lah macam tu. rupanya2 nya die mahu yang lemah lembut pula... mahu yang mengikut katanya... mahu yang pandai masak pula...  hari hari die menekan isterinya begitu. kalau dipinta dengan  cara berhemah mungkin sejuk jugala hari si isteri menunaikan kehendak suaminya. tapi hari hari kutuk. teruk lah awak ni. teruk! teruk ! teruk !

sampailah suatu hari. baiklah.... saya curang lah senang. puas hati awak. 
inilah balasan orang yg tak pernah bersyukur. malah tidak sabar dalam meminta sesuatu yang lebih indah. merungut memang bukan jalan penyelesaian masalah. sabar dan berdoa itu adalah kuncinya. selain itu allah lah yang membuka segala pintu bagi memakbulkan doa tersebut. renung2kan.. 

THIS IS JUST A  STORY COPY PASTE FROM _______
tiada kaitan dengan yg hidup mahupun sebaliknya.

Thursday, 25 April 2013

SESAK NAPAS

AKU TAK BAHAGIA BETUL HIDUP MACAM NI !!!!! 



arrrrrgh!! bye. 

Wednesday, 10 April 2013

keterpaksaan dalam perkhidmatan

" we may love the wrong person, 
cry for the wrong person.
 but one thing is sure,  mistakes helps us find the right person''

masa berterbangan begitu kepantasan. sedar tak sedar april sudah di tembusi. mei jun julai ogos september oktober november. maka cukup setahun aku menganggur hahaha. harapnya bulan jun ni ada berita sedikit kebahgiaan. 

tidak seberapa lama lagi aku bakal menghentikan perkhidmatan aku kerana di ura-urakan hampir kepada  tarikh mempostingkan aku ngee.. so aku nk rest kaw kaw punya sebulan sebelom dtg kerja gila hahah. 
okay bye bye.. 

Tuesday, 19 March 2013

namaku cinta

a smile can be good medicine to those who in sadness..
where we can find that smile?? look your old pictures!! then konpom tegelak sendri. tambah pulak dengan teletah kawan2 haha! wat such a very memoriessssss!!! namaku cinta malam ini kerana penuh cinta dihati. cinta ini ku layangkan untuk mereka2 yang begitu rapat di hati. 

aku tenggelam dalam lautan dalam! ku buka mata, terlihat aku tawa si gadis2 manja comel. sejuk hati ini. ku buka mata lagi terlihat senyuman paling manis & paling membahagiakan dr uwais al qarni. i wish i cud have one same like him!!!!! sangat menenangkan hati dengan pelbagai karenah.. gelak tawa.. bontot toggek dengan pampers nye!! ahh rindunya tatkala aku menoreh di dinding blog ini terbayang terngiang2 suara dia.. muka die.. yg paling mahal tawa senyuman die! gigi jarang pon selamba je tau gelak penuh lucu & comel !!! ahhhhhhhhh i want one plis give me one!!!!!!!! agaknya hati ini memang telah terbuka ke arah itu. 

aih bahagianyaaaaa!!!


Friday, 15 March 2013

manusia menjengkelkan

wat the .... very tired

daya menekan hingga ke ceruk cerebelum. begitu hebat tekanan walau menjadi seorang guru tuisyen. baru aku paham kenapa ada kes penderaan kanak-kanak. kenapa ada kes pukul murid. kesabaran begitu teruji. darah muda merasuk diri. selalu ditahan selalu juga diteran! memang mencabar.  hanya iman sebagai pendinding. mujur... masih tinggal sekelumit iman. dapat jugak aku tahan. tapi memang aku usha padat budak tu. tangan dah naik.. cuma tak menyinggah lagi dipipinya. itulah aku kata.. mujur ada sekelumit iman yang jadi pendinding agar tidak aku melepaskan sesuatu yang boleh mengundang padah diri sendiri kelak. syukur dalam istifar. 

huh! hidup sebagai manusia memang sangat mencabar. banyak kali rasa ketidakpuashatian tetapi tidak terluah dek kata-kata. hanya kerut di dahi dengan mulut itik masamnya. pastu semua orang akan mula takot aku menjadi the hulk hahaha. iman iman iman itu ibarat akar sesebuah pokok. yang sentiasa mendirikan dahan dan rantingnya penuh kesabaran walau kadang2 angin tiup.. ia akan tetap mencuba untuk kuat mengeluarkan ranting, dauh, serta buahnya. dan segala2nya itu dapat dimanfaatkan oleh manusia. kalau pokok itu subur tumbuhnya.. maka banyaklah manfaatnya kepada manusia.. andai pohon itu kering kontang tanpa daunnya2nya.. ibarat manusia bertulang tanpa dagingnya. 

aku harap.. iman aku dapat disuburkan dengan baja-baja keimanan ketaqwaan agar aku lebih kuat menempuh manusia-manusia yang begitu menjengkelkan. maaf lah manusia kiranya aku gelar engkau sebagai menjengkelkan. aku harap pupuslah engkau dalam hidup ini ataupun adanya engkau hanya untuk ketenanganku.. tp bukan untuk menyerabutkan aku. 


Monday, 4 March 2013

tidak ku pinta lahir ke dunia..
tidak ku duga ______ begini.

alangkah bahgia meraka yang mempunyai kedua sayap. teguh terbang ke mana sahaja tanpa perlu memperhitung sesuatu. kerana mereka penuh yakin adanya sayap itu maka dapatlah mereka terbang semegahnya.

alangkah simpatinya pada mereka yang ada satu sayapnya. mana pergi sayap yang satu lagi. ada yang menghadap Ilahi. ada yang entah ke persisiran mana. sedang yang patah satu sayap ini terasa begitu berat memikul segala. ya Allah berikan kami kekuatan menempuh ujian-mu. kadangkala kita sering tertanya  kenapa yang kaya ditakdir untuk kaya . dan yang miskin ditakdir untuk si miskin. walhal adapun yang sebaliknya....tapi jarang sekali kebarangkalian itu.

sampai bila dan sampai bila sang merpati jadi pendengar yang setia. sampai bila dan sampai bila sang merpati  mendengar keluhan mereka. sampai bila. dan sang merpati terkilan mengapa tiada yang mendengar keluhan hati sang merpati. tatkala sang merpati meluahkan, ada yang melontarkan sarkastik dengan kata-kata yang sungguh menyentuh jiwa. walhal sang merpati tidak sedikit pon ingin meminta simpati sesiapa. sebagaimana sang merpati meratapi keluhan orang lain dengan penuh tekunnya.. begitu jua lah sang merpati inginkan dari kalian. siapakah dan siapakah yang sudi mendengar keluhan sang merpati ini.

patah sudah satu sayap sang merpati. sungguh lemah sang merpati kini. sang merpati gagahi jua menempuh onak bagai berduri tanpa sorang pon yang tahu. tatkala sang merpati perhati nilai yang semakin tiada...oh menitik air mata. sang merpati sering rebah di atas encik bantal. sedar tak sedar .. encik bantal kian basah. encik bantal lah yang sentiasa menemani sang merpati. dia lah jua yang sering kali basah bersama2 sang merpati.

TABAHKAN HATI NI YA ALLAH .