Thursday, 30 August 2012

Mangga & peach

assalamualaikum gud morning :)

gini, kadang2 kite jatuh cinta rase pertama sukar di cari pengganti rasa lain! lite yo added with collagen berries mmg tiada tandingannya! mangga & peach pon kalah !!! itulah die nutrigen lite yo yogurt drink. yg ada macam2 jenis perisa. perisa cinta pertama aku berries & apetah la. dan semalam aku gatai p nk try amik  mangga & peach!! hummmm tak setanding berries !!! menatang ape tu sbnrnye? tu sbenarnya sejenis minuman habits aku. ngeeeee.. harga?? rm3.99 botol besar yg aku kira sgt berbaloi utk pelaburan aku tiap minggu :) 

ecelei bukan takat rase die yg power ala2 tutti fruity , malah added with collagen tu. collagen tu similar to vitamins la kan. besenye orang usia 25 ke atas ni die mmg akan cari collagen sbg vit sampingan utk menjaga kesihatan badan cehh. ehehe pada aku, drpada aku makan sesuatu yg aku belom sahih tahap keyakinan produk tu, bek la aku minum mende ni lg bgus & sedap lak tu haha. Yogurt drink served best when cold, icy cold is better!


Saturday, 25 August 2012

cinta selamat

"an tak cintakan abang tapi an tahu an akan bahgia bersama abang"

tudia! ayat cerekarama hahahah. biase la perempuan mmg akan cari seseorang yang dia rase selamat utk hidup bersama. ape makna selamat itu? aha maksud selamat tu camni : 

1) takde banyak perempuan dlm hidupnya etc skandal, kawan pompuan dll.. sebab kawan2 pompuan ni lah yg akan memberi ancaman dlam sessuatu hubungan. yelah mane lah tau kot2 pompuan disekitarnya ni kan ade ati kat die. tak pasal la pulak laki orang pon disapu kalau desperate. sbb tu lah.. pompuan besenye akan suka laki yang....low profile, tak dikenali sangat. besenye ni laki yang hot2 jelah yang jadi gilaan wanita.oleh itu pada pendapat aku , tak hot pon takpe lah janji jangan buat hal sudah kan :) 

2) badan tak sekeping. kiranya boleh protect si wanita dari sebarang ancaman fizikal (ceh) macam superhero pulak kan.


3) amalan dunia yang dibawa ke akhirat (patutnye di letak numbo satu ni). yang mampu membimbing ke jalan yang selamat di akhirat kelak. insya ALLAH 


4) kedudukan kewangan yang tidak membebankan orang lain mahupun si wanita. aha ni patut letak numbo 2 ! hahaha. yelah wanita kan nak selamat, ade ke wanita yang nak makan pasir hari-hari . tak selamat kan makan pasir hari2 ?? hehehe.

itu jelah 4 point cinta selamat yang aku fikirkan rasional. 

Tuesday, 21 August 2012

semangat raya

assalamualaikum dengan penuh senyuman. 
saya amat bahgia tatkala ini :)
sbb saya rasa saya mempunyai sebuah keluarga yang harmonis & sejahtera. lalu saya panjatkan berjuta kali kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kami kebahgiaan ini di aidilfitri walaupon .... walaupon kurang seseorang. huhu. tapi kami mahukan ibu kami merasa tidak begitu kehilangan, maka kami begitu berkerjasama atas segala sesuatu. alhamdulilah :)

saya juga bahgia sekali kerana mempunyai seorang teman merangkap kawan, abang, penasihat, pencari gaduh, penawar hadi, penyembuh duka & lara. dan saya dapat merasai aura kebahgiaan disamping beliau :)
alhamdulilah. 
saya berharap kehadiran beliau dalam hidup saya akan memberi 1 erti sahaja pada saya iaitu hanya KEBAHGIAAN. itu saja. saya tidak mahu duka, tidak mahu lara, tidak mahu badai dan saya mahukan dia sentiasa di samping saya membimbing saja selalu :) 

raya ini juga saya berkesempatan melihat rakan saya menyambut hari bahgianya. iaitu hari pertunangannya, alhamdulilah saya turut menumpang bahgia :).ini lah beliau, sungguh gojes dari biasa :) 


Saturday, 11 August 2012

kerja ujung minggu

assalamualaikum. puasa tak kalian? (ceh macam ade follower je) kah kah..

aku struggle dan lepas tu aku tensen. ahhaha. patut ke??? 
ni meja kerja seorang studen final yearr. fuhhhhh terabur semak sakan kan. hahaha. ini lah meja kerja kalau nur zaida sedang bikin kerja. jangan harap nak nk jumpa sebatang pensel/pen kalau dah camni gaya. ok kat buku tu ade bookmark special edition hand made by zaida sendiri tau tau. function die tak sama macam bookmark biasa. bookmark aku buat ni boleh tanda berapa byk / had mana dah kita baca. nak cerita pon tak reti, tapi bukan yg biasa2 punye. ape yg spesel, kite bleh tau ketebalan kita baca, die macam pocket eceli, then ade spacing tuk tulis note (sgt penting buat aku yg selalu ________ ). ok kurniaan Ilahi , aku tetap bersyukur masih lengkap fizikal semua walaupon sedikit short di wayar2 cereblem. alhamdulilah btw. 

then see!! kalau buat kerja tak stop makan mmg tak sah! tu yg ada pisang beberapa ketul.. pastu aku glupp glupp b toilet haha. ok ade roti coklat kismis kegemaran atas faktor utk menguatkan daya ingatan yg _____________ . hummm alhamdulilah btw! :(  .. kemudian, ada minuman kegeraman & kegemaran! hahah.  nutrigen lite yo perisa mixed berries tau. sedap dan best gle. function berries tu utk kesihatan mata, and lite yo ni gak ade add collagen tau. utk kecantikan & kesihatan wanita. shaping botol ni sgt lah menarik.. aku nak jadikan botol ni sbg idola bentuk badan ideal yg ku mahu! kah kah... 

kalkulator??? ape function?? bila aku take 5 dri buat keje, aku guna calculator kire berapa byk duit yg aku nak beli tu sume bagai ikut angan2 aku yg sentiasa berubah. hahaha. laptop kenapa ada warna warni??? ha... ini sebab aku dlu mula2 nk bagi cekap typing.. so antara tekniknya ialah, aku warnakan button keyboard ni pastu aku tak tau mane urup2.. jadi aku akan bantai dan usaha hafal kat mana setiap urup tu berada. kini??? dah bleh taip laju2 tau :) . ok bye nk sambung semakkan meja :) 

Friday, 10 August 2012

tiada ketetapan

iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. iman tak dapat di jual beli, dari pasang borong ipoh mali. ha tu mukadimah seawal tengahari ini haha.

kenapa kita / aku kan.. selalu merasa tidak tetap duhai hati. bile tgok itu, suke itu. tengok ini, suke ini. tengok yang nun sana, suka nun sana. lepas tu pening kepala nk beli mana satu.. at lasttttt blah , balik lenggang kangkong. abis tu yg suka byk2 tu ape cerita? ha.. eceritanya tu sume MEMENINGKAN KEPALA. at last... bila nk balik... "ape pesen la sua ni" .pastu aku pegi BELI !!!!! mak aih. dlm ati duk kutuk duk tertanya-tanya dan tak sure, mende tu GAK LA YG BELI !!! watttttt impress me.... balik tu mentry la lah kan.. "alahai buroknye!!! hmmmmm ni lah akibat tak pk dlu sblom beli" . haiyoooo..

takpe lah dah terlanjur beli, pAAAAkai jugak lahhh (dgn ati tak rela) kah kah. lalu ada sapaan "lawa la sua" !!!"  demmmm ni perli aku ke hape ni. setat dr tu... aku pon suke gak pakai hahahah!! tak bleh blah , see.... aku mmg sorang yg tak tetap pendirian melainkan ade sokongan! puiiiiii tp tu lah die aku mmg dilahirkan dengan rambang mata, rambang hati. tak dapat menilai dengan mata hati !!! maka aku perlukan pertolongan lebih dari yang MAHA MENGETAHUI segala yang terbaik utk aku :)
maka berdoalah selalu agar tidak ragu dalam membuat sebarang keputusan. dan kadang-kadang ALLAH beri apa yang kita lebih perlukan daripada apa yang kita sukakan.